Wednesday 25 February 2015

WOW ! Anjing Hidup Mewah Kalahkan Anak Jutawan!


INGATKAN Instagram Rich Kids je ada…tak sangka pulak wujud ‘Rich Dogs Of Instagram’!
Jika sebelum ini heboh mengenai Instagram yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara, tup-tup ada pihak tertentu telah membuat akaun Instagram yang memaparkan kehidupan anjing mewah milik jutawan.
Seperti diketahui ramai, anjing sememangnya antara binatang peliharaan yang menjadi pilihan ramai (bukan muslim).
Tak hairanlah, ada individu tertentu sanggup berbelanja besar dan berhabis bagi binatang kesayangan mereka ini.
Pun begitu, kehidupan mewah anjing yang dipaparkan dalam akaun ini bakal membuatkan anda ternganga cemburu!
Lihatlah bagaimana anjing-anjing diatas ‘dimanjakan’ dengan barangan jenama mewah, melancong ke luar negara dan menaiki jet persendirian…kau mampu?
Haihh… rasa-rasanya tahap mewah sesetengah anjing ini dah boleh mengalahkan gaya hidup anak jutawan dah. Itulah jadinya bila duit dah berlambak sangat sampai tak tahu nak buat apa agaknya.
Cuma malang sekali, di saat ramai lagi manusia di dunia ini yang memerlukan makanan dan keperluan asas lain termasuk selimut kerana dihimpit kemiskinan, ada pihak ‘membakar’ duit dengan cara membazir kepada binatang kesayangan mereka yang sepatutnya tidak memerlukan pakaian pun..
Petikan dari blogbahni.com


Tuesday 24 February 2015

Tahukah Anda? Inilah 6 Wanita Tercantik Yang Menjadi Fenomena Laman Sosial Pada Tahun 2014

Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal kalau mereka jadi viral di media sosial. Sebagaimana yang berlaku kepada 6 wanita dibawah yang jadi cukup popular di media sosial sepanajang tahun 2014.

Memetik sumber info di blog INI, disenaraikan 6 wanita cantik yang bukan dari kalangan selebriti dalam bidang seni yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial sepanjang tahun lepas. Mereka adalah Sabina Altynbekova, Katya Lischina, Natalia Poklonskaya, Yan Jiajun, Noor Hafizah Mohd Idrus dan Nurul Habibah.

Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya info dibawah:

1 – Sabina Altynbekova


Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014. Sabina Altynbekova, 18, adalah seorang pemain bola tampar yang sangat jelita dari Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 370 ribu pengikut di Instagram.

2 – Katya Lischina


Walaupun gadis yang berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya adalah Liraley Ketskatya. Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut. Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mempunyai peminat seramai hampir 80 ribu.

3 – Natalia Poklonskaya


Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik. Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014. Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

4 – Yan Jiajun


Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China. Yan Jiajun adalah seorang tentera di China dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China. Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

5 – Noor Hafizah Mohd Idrus


Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjanya sebagai seorang juruterbang. Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik. Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

6 – Nurul Habibah


Nurul Habibah adalah seorang anggota polis jelita dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.


Monday 23 February 2015

Alat Ciptaan Minum Kepala Bayi

Minum kepala bayi?jangan salah anggap. Bukan minum kepala bayi hidup-hidup tetapi Ini adalah satu ciptaan oleh Simon Philion untuk memudahkan orang "minum" ditempat awam. Bayi palsu ini dikenali sebagai "Cool Baby". Macam-macam la idea orang zaman sekarang ini. 






Ada Sesuatu Pada Cermin Ini

Ada seorang lelaki baru sahaja menyewa disebuah rumah ini. Dia berasa ada sesuatu pada cermin di bilik airnya. 



Ada sebuah kamera berada dibelakang cermin tersebut. Jadi berhati-hati lah semasa menyewa atau menginap disesuatu tempat. 


Saturday 21 February 2015

AWAS !!! Lelaki Ini Masuk Mencuri Di Dalam Wad Perempuan Yang Baru Lepas Dibedah !!! SEBARKAN !!!


Salam Admin, mintak tolong sikit. Mak saya dirawat di Hospital Pantai Putri Ipoh sekarang, baru lepas operation. Bangun pun tak boleh. Pagi tadi lepas doktor buat rawatan, mak saya diberi ubat tahan sakit dan tidur. Handphone letak bawah bantal. Lelaki india dalam gambar ni satu-satunya orang tak dikenali keluar dari bilik hospital mak saya.

Gambar dapat daripada CCTV hospital. Pengawal keselamatan pun dah sahkan dan suruh buat laporan polis. Pesakit depan katil mak saya pun beritahu lelaki yang sama ni masuk tempat mak saya. Lelaki ini mengaku kononnya dia saudara pada mak saya dan nak tanya khabar. Tapi sebenarnya bukan.

Bukan handphone tu yang dipentingkan. Tapi keselamatan pesakit2 di sini. Mula2 curi handphone, lama2 tak tahu apa yang dia berani buat. Mintak tolong admin sebarkan gambar ni. Biar penjahat ni ditangkap sebelum dia buat perkara2 yang lagi teruk daripada mencuri.

Kalau ada sesapa yang kenal, boleh hubungiBalai Polis Sungai Senam 05-5477322.


Friday 20 February 2015

Katak Keluarkan Kuku Seperti Wolverine

Katak ini bila terasa terancam akan mematahkan tulangnya sendiri kemudian mengeluarkan tulang itu seperti kuku dari kakinya. 



Boleh Jadi Pening Bila Masuk Parking Ini

Ini bukan parking biasa. Ianya penuh dengan ilusi optik.