Bogota : Seorang guru wanita di sini mengambil masa dua tahun ‘berjuang’ untuk menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz.
Cik Uvwxyz guru berusia 36 tahun itu mengajar seni dan fotografi di tiga buah universiti serta seorang pereka fesyen gemar menukar namanya beberapa kali dengan alasan mahu memaparkan dirinya mengikut keadaan emosi.
Bagaimanapun, hasratnya untuk menukar nama kepada kesemua 26 abjad berkenaan menjadi cabaran paling besar dihadapinya.

Wanita itu yang sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg, akhirnya diberi kebenaran menukar namanya walaupun pegawai pendaftaran pada mulanya menolak permohonan berkenaan.
Kata guru itu, dia suka menukar nama dan akan mencari nama yang sukar disebut.
Cik Uvwxyz yang juga bekerja sebagai pereka fesyen yang pakar dalam pakaian fetish dan majlis bondage berkata dia mahu nama barunya mempunyi elemen kejutan kepada orang ramai.
"Saya telah menukar nama saya supaya orang lain tidak tahu ia adalah saya," jelas beliau.
"Tetapi ia bukan bermakna disebabkan itu semata-mata tetapi saya mahu sentiasa membawa unsur kejutan dalam nama yang saya gunakan."
Daniel Molano dari Pejabat Pendaftaran Negara Volombia berkata, "Jika orang awam yang mengubah suai namanya dalam daftar awam, beliau akan merosakkan masa depan kerjayanya.
"Pada asasnya tidak kira luar biasa nama yang hendak digunakan, ia tetap dibenarkan dari segi undang-undang."

0 comments:
Post a Comment