Semalam tersebar beberapa keping gambar menunjukkan 2 ucapan berbeza buat Allahyarham TG Nik Aziz yang tersebar di laman sosial.Pihak penyebar mendakwa ia dibuat oleh penduduk Melbourne dan ramai mengatakan ia merupakan gambar yang di edit.
Namun sebenarnya ia bukanlah gambar edit dan sememangnya terpampang ucapan tersebut di Melbourne namun cerita sebenarnya bukanlah dibuat oleh penduduk Melbourne.Papan iklan sepanjang 26 meter yang dipasang di Melbourne tersebut merupakan papan iklan khas Hari Valentine bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja memaparkan mesej sempena Hari Valentine kepada kekasih mereka.
Peluang itu diambil oleh beberapa rakyat Malaysia yang menetap di sana untuk menyampaikan mesej betapa sayangnya mereka kepada Allahyarham TG Nik Aziz yang kembali ke rahmatullah Khamis yang lalu.
Papan iklan yang digelar "Billboard Of Love" tersebut dikendalikan syarikat telekomunikasi Telstra dan sesiapa yang ingin ucapan dipaparkan perlu menghantar pesanan ringkas iaitu mesej dan akan dikenakan cas terterntu.
0 comments:
Post a Comment